Connect with us

Oh! Artis

“Saiko Betul” – Rita Rudaini Tegur Podcast Kisah Budak Asrama, Bangga Letak Racun Dalam Makanan

Tular di TikTok, seorang wanita yang dulunya budak asrama bermasalah menceritakan pengalaman meletakkan racun ke dalam makanan pelajar lain.

Kongsian itu meraih banyak perhatian sampaikan Rita Rudaini pun tampil memberikan teguran.

IKLAN

BACA: Rita Rudaini Lebih Layak Terima Ikon Ibu Tunggal Berbanding Puteri Sarah, Ramai Tak Puas Hati

Menerusi hantaran Instastory aktres itu, dia mempersoalkan sikap wanita tersebut yang bangga ketika berkongsi kisah silamnya demi gelaran di asrama.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak duduk di asrama, Rita meluahkan rasa kesal kerana wanita tersebut macam tak insaf dengan perbuatan keji yang pernah dibuatnya.

Saiko betul, seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran kat orang tapi interview ni jadi macam sensitif. Racun tikus kot bukan madu yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ye?

Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu tolong lah berilmu.

Tambahnya, dia berpendapat podcast tersebut tak sepatutnya didedahkan kepada orang ramai terutamanya generasi pada masa kini.

Bukan kali pertama racun pelajar lain

Dalam hantaran lain, aktres itu juga berkata penggunakan kata-kata kesat terlalu banyak sehingga dia rasa tak sesuai untuk ditontoni oleh umum.

Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem ke drama ke kita ada kategori macam seram, komedi, romantik dan lain-lain.

Dengar cerita gelak-gelak macam ‘seronok’ sangat ni, satu lagi ada yang konon santai-santai tapi bahasa ‘sial dow’, ‘gempak sial’ dan entah apa-apa lah.

Santai-santai lah juga tapi biar nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua.

Terdahulu, wanita tersebut menceritakan pernah meletakkan racun tikus dan juga julap dalam makanan pelajar lain dan kisahnya menaikkan kemarahan netizen lain.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas