Connect with us
rita rudaini

Oh! Artis

Rita Rudaini Lebih Layak Terima Ikon Ibu Tunggal Berbanding Puteri Sarah, Ramai Tak Puas Hati

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang pelakon Puteri Sarah yang menerima anugerah khas ikon ibu tunggal dan seperti yang dijangka, pasti ramai yang akan mempersoalkan pemberian anugerah ini.

BACA: Puteri Sarah Terima Anugerah Ikon Ibu Tunggal

IKLAN

Netizen rasa Puteri sarah tak layak menang anugerah ikon ibu tunggal…

Kebanyakkan warganet mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada Puteri Sarah di mana rata-ratanya menaikkan nama pelakon, Rita Rudaini sebagai seorang ibu tunggal yang lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.

Ini kerana, netizen menganggap perjalanan hidup Rita sebagai ibu tunggal membesarkan dua orang anak selama bertahun-tahun lebih hebat sehinggalah anaknya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran jika hendak dibandingkan dengan Puteri Sarah.

Apapun, itu rezeki Puteri Sarah kan…

Namun begitu, biarpun ramai yang pertikai, ada juga beberapa netizen yang meninggalkan respon positif serta menyifatkan kemenangan ini adalah rezeki pelakon drama Andai Itu Takdirnya.

Untuk info ramai, Puteri Sarah mendapat pengiktirafan apabila dia diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran Dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung, baru-baru ini.

rita rudaini

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas