Connect with us

Oh! Media

Radhi OAG Enggan Bayar Tuntutan RM300K Walaupun Bekas Isteri Tawar Selesai Kes Luar Mahkamah

Oh! Artis

Radhi OAG Enggan Bayar Tuntutan RM300K Walaupun Bekas Isteri Tawar Selesai Kes Luar Mahkamah

Berhubung kes pukul isteri, Radhi OAG kembali jadi tumpuan selepas mendedahkan dia enggan membayar tuntutan yang ditawarkan oleh bekas isterinya berhubung kes sebelum ini. Pulak dah..

ADVERTISEMENT

BACA: Radhi OAG Kecewa Bekas Isteri Minta RM300,000 Untuk Selesaikan Kes Di Luar Mahkamah

Menurut laporan OhBulan!, vokalis kumpulan OAG ini berkata dia tidak pernah bersetuju untuk membayar amaun yang dituntut oleh bekas isterinya.

Dia menjelaskan lebih memilih untuk dibicara walaupun telah ditawarkan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan bayaran RM300,000.

Saya bukannya apa, tapi dia minta pampasan. Bila dia dapat pampasan itu, di akhirnya kesan dia kepada saya.

Orang anggap seperti rasuah. Ye lah, saya bayar dia untuk dia menarik semula kes ini. Nak ikutkan nak tarik kes tak perlu paksaan.

Manakala, peguam Radhi, Haziq mengatakan tindakan bekas isteri penyanyi itu untuk meminta wang seolah-olah mengambil kesempatan.

Semasa prosiding yang saya boleh ulas, kita dapat apa yang pihak kami mahukan, wujud motif tertentu dilakukan bekas isteri yang menunjukkan perkara ini dilakukan.

Terdahulu, penyanyi ini dilaporkan telah mencederakan bekas isterinya dengan sengaja pada 19 April tahun lalu.

Patutnya selesaikan je ikut prosedur. Apapun, semoga mereka dapat selesaikan masalah ni dengan baik.

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas