Connect with us

Oh! Media

Polis Akan Ambil Tindakan Mereka Sebar Fitnah Isu Ariz Ramli Dan Ebit Lew

Oh! Artis

Polis Akan Ambil Tindakan Mereka Sebar Fitnah Isu Ariz Ramli Dan Ebit Lew

Pihak polis turut mengambil maklum berkenaan isu melibatkan Ariz Ramli atau Caprice dan Ebit Lew walaupun tidak menerima sebarang laporan polis.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apa Berlaku Silap Caprice Sendiri” – Mengaku Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datauk Seri Abd Jalil Hassan menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang cuba menyebarkan berita palsu semata-mata untuk mensasikan lagi perselisihan faham ini.

Ini kerana mereka yang menyebarkan fitnah dan cuba mengaibkan pihak tertentu turut melanggar undang-undang.

Kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 504 KK sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505 KK kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Siasatan juga boleh dibuat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – Katanya.

Caprice yang sebelum ini memaklumkan akan menjelaskan apa yang berlaku telah membuat permohonan maaf kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza. Sama ada pendedahan itu masih akan dilakukan pada 21 Julai ini, sama-sama kita nantikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas