Connect with us

Oh! Media

“Perkara Itu Tidak Penting…” – Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Di Mahkamah

Diana Danielle

Oh! Artis

“Perkara Itu Tidak Penting…” – Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Di Mahkamah

Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini memaklumkan dia dan suami, Farid Kamil masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, perkara (tindakan merujuk di mahkamah) tidak mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan Farid kerana sudah kembali bersama.

Diana Danielle

So, Whats the point? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.

Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja.

Menurut Diana, dia berpendapat pengesahan rujuk itu tidak penting dan mereka bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.

Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum.

Diana Danielle

Terdahulu, pasangan ini memilih untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

BACA: Diana Danielle Akhirnya Dedah Apa Yang Dirasai Sebelum Rujuk Semula Dengan Farid Kamil

Walau bagaimanapun, mereka seterusnya mengumumkan rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Kredit: HibGlam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jodoh tak panjang… Semoga dipermudahkan segala urusan Mawar dan Raf. mawarrashid#rafyaakob#fazleyyaakob#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ Enchanted – Piano Version – Relaxing Piano Covers

  • Diana Danielle
  • Diana Danielle

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas