Connect with us

Oh! Media

Pelakon Kampung People Riena Diana Syukur Dapat Hadiahkan Diri Sendiri Kereta

riena diana

Oh! Artis

Pelakon Kampung People Riena Diana Syukur Dapat Hadiahkan Diri Sendiri Kereta

Cukup terkenal dengan lakonannya dalam siri Kampung People, Riena Diana dilihat berkongsi kejayaan baharunya memiliki sebuah kereta jenis Mazda CX-5. Dia meluahkan rasa syukur di Instagram selepas akhirnya berjaya memiliki kereta yang bernilai RM132,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Keluarga Razif Kembali Diburu, Identiti Misteri Madam Mah Terungkai Dalam Kampung People 2!

Riena Diana atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zureal baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 24 tahun pada 3 September lalu dan ini menjadi hadiah buat dirinya sendiri.

“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah at my age of 24, i dapat unlock 1 more achievement in my life.”

Diana turut berpendapat lain orang lain cabaran yang dilalui. Dia juga tidak merasakan kereta yang dimiliki semewah kereta lain yang lebih mahal, tetapi dia tetap rasa sangat gembira. Mazda ni memang nampak garang dan cantik sangat, sesuai la untuk Diana.

Rakan-rakan artis termasuk penyampai radio HotFM turut mengucapkan tahniah kepada Diana yang pernah seketika menjadi penyampai radio HotFM.

Kami di Ohmedia pun nak ucapkan tahniah kepada Diana kerana berjaya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup selepas segala kerja keras. Teruskan berkarya dan lebih berjaya lagi akan datang.

Kredit: Instagram Diana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas