Connect with us

Oh! Media

“Okay Lah, Nanti Lah Cik B Diet” – Netizen Geli Hati Baca Komen Cik B

Oh! Artis

“Okay Lah, Nanti Lah Cik B Diet” – Netizen Geli Hati Baca Komen Cik B

Baru-baru ini, Hot FM berkongsi info tentang populasi berat badan berlebihan di Asia Tenggara. Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah komen daripada Cik B di hantaran tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: ”No Girlfriend, Just Boyfriends” – Netizen Puji Cik B Pandai Pilih ‘Circle’

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, Malaysia berada di kedudukan tertinggi dengan 44.2 peratus dalam populasi berat badan berlebihan.

Lagi menarik apabila anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu sempat berkongsi pendapatnya di ruang komen.

Nak buat macam mana, makanan Malaysia sedap sangat.

Okay lah, nanti lah Cik B diet.

Rata-rata netizen di ruangan komen, berdekah dengan komen yang dikeluar dan ada juga yang memberikan Cik B sokongan untuk menurunkan berat badan.

Sekadar info, pegawai diabetik dari UiTM mendedahkan seramai 19.7% rakyat Malaysia dalam kalangan dewasa mengalami masalah obesiti manakala 30.4% mengalami maslaah berat badan berlebihan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas