Connect with us
nikita mirzani

Oh! Artis

Nikah Cerai Empat Kali, Nikita Mirzani Tak Nak Kahwin Tapi Mahu Pasangan Hidup

Nak pasangan hidup, duduk serumah tapi tak mahu kahwin? Macam mana tu? Itulah apa yang dimahukan pelakon terkenal Indonesia, Nikita Mirzani yang sudah penat diceraikan sebanyak empat kali.

Nikita yang berumur 38 tahun ketika ini terpaksa membesarkan anak sendirian selepas empat kali perkahwinannya sebelum ini gagal.

IKLAN

Nikita Mirzani anggap hubungan sebagai pasangan kekasih lebih baik berbanding suami isteri…

Saya tidak mahu berkahwin lagi, kenapa? Kerana saya pernah rasa apa itu perkahwinan. Sekarang yang saya cari adalah pasangan hidup.

Perkahwinan bagi saya hanyalah status. Ramai kawan saya yang berkahwin akhirnya bercerai. Berkahwin akhirnya menjalin hubungan sulit.

Ramai juga kawan saya yang tidak berkahwin tetapi bertahan lama, sehingga lapan tahun.

Tiga orang cahaya mata iaitu Laura Meizani Nasseru Asry (Lolly), Azka Raqila Ukra dan Arkana Mawardi.

Disebabkan itu, Nikita kini hanya menganggap perkahwinan hanyalah satu dokumen sah di negara ini untuk hidup bersama pasangan.

Jauh sangat dah ni pemikiran Nikita. Diharapkan Nikita dapat fikirkan semula dan dapatkan nasihat daripada orang-orang agama.

nikita mirzani

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas