Connect with us

Oh! Media

(Video) Nia Ramadhani Teruk Dikecam Ketika Mengacarakan TikTok Awards

Oh! Artis

(Video) Nia Ramadhani Teruk Dikecam Ketika Mengacarakan TikTok Awards

Kemunculan pelakon Nia Ramadhani sebagai pengacara program TikTok Awards Indonesia yang diadakan baru-baru ini dikatakan telah mengundang bermacam-macam kritikan daripada segelintir netizen di laman sosial.

ADVERTISEMENT

Menurut Liputan6, Nia dikatakan tidak sesuai untuk menjadi pengacara disebabkan percakapannya yang kurang jelas.

Menerusi laman akaun Instagramnya pula pada baru-baru ini, Nia dikatakan telah memuat naik pengakuan dan mengaku jika dirinya bukanlah manusia sempurna dan masih perlu banyak belajar serta berusaha untuk menjadi lebih baik.

Ketika kita menerima kenyataan bahawa kalau kita bukan seorang manusia yang sempurna. Di situlah kita belajar dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Jatuh… bangun… belajar, kerana hidup terus berjalan. – Tulis Nia menerusi laman Instagram miliknya.

Walaupun luahannya itu tidak memberi penjelasan apa-apa, tetapi rata-rata netizen telah membuat andaian yang ianya mempunyai kaitan dengan kritikan yang diterima sebagai pengacara program tersebut.

https://twitter.com/RepublikKonten/status/1356209813886099467?s=20

Setiap manusia ada kekurangan dalam diri masing-masing. Tak bermakna jika seseorang itu bagus dalam melakukan sesuatu perkara, dia juga kena bagus dalam melakukan perkara yang lain. Bak kata matsaleh ‘nobody’s perfect’ gitu.

Kredit: Liputan6, @RepublikKonten

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas