Connect with us

Oh! Media

“Beranak Pakai Seluar”, Netizen Kritik Drama Melayu Tak Logik

Oh! Artis

“Beranak Pakai Seluar”, Netizen Kritik Drama Melayu Tak Logik

Hahahaha, berdekah juga ohmedia bila baca tweet yang viral semalam. Tweet tersebut tentang satu babak dalam drama Perempuan Tanpa Dosa. Scene nya Uqasha sedang bersalin, tapi pakai seluar panjang. Apo!

ADVERTISEMENT

For sure benda-benda macam ni memang akan dapat perhatian netizen. Apa lagi, memang kena kecam lah jawabnya. Rata-rata semuanya mengatakan yang filem Melayu sekarang dah tak logik dan mengarut.

Tapi, macam biasalah, netizen ni cepat sangat menghukum tanpa usul periksa. Sebenarnya itu cuma behind the scene je. Bukan scene sebenar dalam drama. Yelah, diorang kan nak shoot dari pelbagai angle. Bukannya satu kali shoot dah dapat untuk semua scene.

Kamal Adli sebagai salah seorang pelakon, dah pun tweet untuk menjelaskan perkara ni.

Michael Ang selaku pengarah drama tersebut pun dah beri penjelasan. Katanya, netizen perlu tengok sendiri scene tersebut, baru faham apa yang nak disampaikan.

“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar depan semua orang dan sebab itu lah ada letakkan kain.” – katanya

Hm, takpelah Michael. Biasalah tu orang buat andaian sendiri sebelum tahu pokok pangkal cerita. At least, dapat lah juga free marketing. Haa, tak gitu?

Kritikan dari audience pun penting juga. Sebab tak dinafikan memang ada beberapa drama dan filem yang mengarut dan storyline membosankan. At least, pengarah-pengarah di Malaysia boleh ambil serba sedikit pendapat netizen. Yelah, sebab nanti mereka juga yang nak tonton dan support karya tempatan. Kalau tak, siapa lagi?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas