Connect with us

Oh! Artis

“Nedim Gembira, Dia Puji Saya Cantik”- Kerap Hadir Majlis Agama Punca Nora Danish Berhijab

Pelakon Nora Danish mengejutkan orang ramai dengan penampilan terbarunya yang bertudung.

BACA : “Masing-Masing Dah Melalui Jalan Berbeza” – Nora Danish Nafi Duduk Serumah Dengan Nedim

IKLAN

Menerusi laporan mStar, pelakon Nora Danish memberitahu terdetik untuk mengenakan hijab sejak Mei lalu selepas kerap menghadiri majlis ilmu agama.

Nora berkata dia merasa malu kerana tidak berubah meskipun sering menghadiri majlis ilmu agama.

Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.

Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini.

Sementara itu, Nora memaklumkan bahawa ibunya merupakan individu pertama yang mengetahui akan penghijrahannya itu.

Dalam pada itu, Nora akui dia masih belajar untuk menjadi seorang muslimah yang baik dengan menghadiri ke majlis ilmu.

Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riak.

Ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Nedim Nazri terkejut dan memuji keputusan yang dibuat oleh Nora.

Saya memakai tudung pada hari selepas dia masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira malah dia turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung.

Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah salah satu dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit.

Imej terbaru Nora ini juga menjadi tanda tanya orang ramai sama ada kekal atau hanya ke majlis ilmu sahaja.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas