Connect with us

Oh! Artis

Nama Sophia Albarakbah Dipetik Sondol Ubai Dalam Mimpi Shila Amzah, Ini Jawapan Tuan Badan

Nama pelakon kontroversi, Sophia Albarakbah kena petik dengan netizen dan didakwa merupakan individu yang muncul dalam mimpi penyanyi, Shila Amzah baru-baru ini. Apa kes pula ni?

Menurut laporan mStar, sebelum ini Shila Amzah ada cerita yang dia bermimpi seorang pelakon wanita yang tidak disebutkan nama dan terpalit dengan banyak gosip menggangu suaminya, Ubai.

IKLAN

Walaupun Shila tak sebut nama, segelintir netizen membuat spekulasi dan meneka bahawa individu yang mengganggu Ubai adalah Sophia. 

Semalam berlangsungnya konsert Famili Duo dan kehadiran Sophia Albarakbah ke sana telah menjadi perhatian.

Ketika ditemu bual malam tadi, Sophia menegaskan tiada apa-apa kenyataan yang perlu diberikan dan terhibur dengan tekaan warganet.

Netizen tahu ya dia mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita. Saya rasa saya tidak perlu komen tentang isu kini kerana tidak ada kena mengena dengan saya.

Sophia juga berkata yang dia hadir ke program itu kerana suka dan ingin menonton program itu saja. Macam-macam hal! Boleh pula petik nama Sophia ya korang ni..

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas