Connect with us

Oh! Media

Status Insta Artis Undang Kemarahan Netizen

Oh! Artis

Status Insta Artis Undang Kemarahan Netizen

Kalau sebut pasal Jalan-Jalan Cari Makan, mesti ramai yang tahu dan pernah menonton rancangan tu dekat TV3 dulu kan? Dan semestinya ramai juga yang kenal dengan bekas pengacara wanita yang pernah mempopularkan rancangan itu suatu masa dahulu.

ADVERTISEMENT

Tinjauan kami di Twitter hari ini mendapati, tweet yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) dikatakan telah mengundang kemarahan ramai netizen di Twitter.

Kak Jah dikatakan bengang apabila terbaca status yang dimuat naik oleh bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu.

IKAN SIAKAP 3 RASA MATI TERTEMBAK DI SEMPADAN MSIA-THAI

Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai. – Tulis Maria di laman Instagram.

Menurut netizen di Twitter, bekas pengacara itu dikatakan aktif di laman sosial Instagram dan selalu berkongsi resepi dan menu masakan harian yang dimasaknya.

Dia juga dipercayai gemar menggunakan tajuk berita yang diubah sendiri bagi setiap nama menu masakan yang dimuat naik di Insta beliau.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan status yang ditulis itu kerana ianya dikatakan melampau dan tidak menjaga sensitiviti umum.

Bekas pengacara itu dikatakan telah mengubah semula status yang dimuat naiknya itu apabila netizen dikatakan telah menegur perbuatannya itu di ruangan komen Insta miliknya.

Umpama terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tidak dinafikan ideanya menggunakan tajuk berita sebagai nama menu itu sememangnya menarik dan kreatif tetapi ingatlah tidak semua benda boleh dibuat gurau.

Kredit: @XXXbyefelicia

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top