Connect with us

Oh! Media

Potong Rambut Di Insta Live, Naim Daniel Tunaikan Janji Peminat

Oh! Artis

Potong Rambut Di Insta Live, Naim Daniel Tunaikan Janji Peminat

Heboh di laman sosial apabila Video muzik lagu terbaru daripada Naim Daniel yang berjudul Purnama dikatakan telah berjaya menjadi trending nombor satu di YouTube pada Rabu lepas.

Video muzik itu juga dikatakan telah berjaya menjadi trending walaupun hanya beberapa jam saja sebelum kedudukan itu diambil oleh lagu Tolonglah nyanyian Cik B.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

Ini untuk anda semua sebab menjadikan Purnama nombor satu di hati. Terima kasih semuanya. Moga Allah memeluk kalian selalu. Korang yang nombor satu, bukan saya. – Kata Naim.

Sebelum itu, Naim dikatakan pernah memuat naik status di Instagram beliau dengan mencabar dirinya untuk memotong rambut jika lagu itu menjadi trending nombor satu di Youtube. 

Baru-baru ini Naim dikatakan telah pun mengotakan janji itu menerusi Instagram (IG live). Namun, pelakon drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta ini dikatakan hanya memotong sedikit sahaja rambut hadapannya.

Kita kena potong rambut la ni. Saya akan potong rambut ni tapi macam mana, sebab saya tengah kuarantin tak dapat keluar.

Janji harus ditepati. Tapi, saya dengar cakap mamalah, dia kata potong sikit je. 

Okay, saya dah tunaikan janji untuk potong rambut. Terima kasih semua orang.

Saya bukan scam, kan saya kata potong rambut bukan nak botakkan. – Kata Naim sambil ketawa.

Rata-rata peminat terhibur melihat aksi Naim dan menganggap penyanyi lagu Sembah itu sudah pun menunaikan janjikan walaupun tidak seperti yang semua jangkakan.

Ala kami ingatkan abang nak potong kasi pendek sebab itu kami buat kasi trending nombor satu, tapi tak apa asalkan dah tunaikan janji.

Mati mati ingatkan abang nak potong rambut pendek tapi sikit saja potong… ya Allah.

Tak apalah, janji abang gembira. Kami okey saja sebab kena scam pun ramai-ramai. – Komen beberapa peminat di Instagram Naim.

Wow baru lima hari ‘upload’ video muzik dah trending nombor satu di Youtube, tahniah Naim Daniel! 😆

Kredit: Naim Daniel

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

ITTIFY

To Top