Connect with us

Oh! Media

(Video) “Kau Tu Yang Baru Pegang Mic”, Netizen Bengang Nabil Perli Diva AA

Oh! Artis

(Video) “Kau Tu Yang Baru Pegang Mic”, Netizen Bengang Nabil Perli Diva AA

Setelah lama mendiamkan diri daripada dunia pengacaraan, baru-baru ini Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah pun kembali dan membuat kemunculan semula sebagai salah seorang host di dalam program #LaguCintaKita2. 

ADVERTISEMENT

Ramai netizen yang teruja dan memuji apabila melihat Diva AA kembali di pentas pengacaraan. Tapi kali ni, lain pula cerita dia dengan pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad.

Pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Nabil Ahmad dikatakan telah menerima kecaman yang hebat daripada netizen gara-gara dia memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kini sudah kembali dalam bidang pengacaraan.

Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, telah mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang menunjukan persamaan dengan Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh netizen.

‘Not my level, shut up!’. Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah. – Kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7.

Walaupun dia tidak ada menyebut ayat berkenaan ditujukan kepada mana-mana individu, netizen pantas dan membuat kesimpulan perbuatan Nabil itu seperti meniru gaya Azwan yang kini mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua itu.


Diva AA lebih berkaliber daripada dia dan tak kutuk orang lain dalam program sendiri. – Kata seorang Individu di Twitter.

Kebanyakkan Netizen dikatakan meminta Nabil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka disebabkan perbuatan itu.

https://twitter.com/inialannn/status/1328005412176547841?s=21

Dia lupa agaknya yang Diva AA dah makan garam dulu daripada dia. Berani dia perli macam tu, tak takut kena carut dengan Diva AA gamaknya nabil ni.

Kredit: Kosmo, IniAlannn

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas