Connect with us
riena dania

Oh! Artis

“Milik Saya, InsyaAllah” – Riena Diana Bagi ‘Hint’ Lagi Tapi Belum Sedia Kongsi Apa-Apa

Pelakon muda Riena Diana atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, sekali lagi memberikan bayangan bahawa ketika ini dia sedang mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Keith Foo.

BACA: “Asalkan Bukan Suami Orang” – Riena Diana Selesa Berkawan Dengan Keith Foo

IKLAN

Ini apabila, Riena berkongsi gambar bersama anak Ketih Foo iaitu Skylar Raymond dengan kapsyen “Mine, InsyaAllah”.

Riena Diana akui belum sedia nak kongsi apa-apa…

Memetik laporan mStar, Riena bagaimanapun tidak mahu mengulas apa-apa berkenaan perkongsian gambar terbabit.

Saya tidak mahu komen apa-apa, tak ada apa pun. Ia hanya sekadar hantaran di media sosial.

Saya belum sedia lagi nak kongsi, doakanlah yang terbaik.

Sebelum ini, Riena mengakui sudah menemui kebahagian dan selesa menjalinkan hubungan dengan Keith Foo asalkan bukan suami orang. Apa-apapun kita doakan sahaja yang terbaik buat Riena dan Keith Foo jika itu yang terbaik buat mereka.

riena dania

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas