Connect with us
bella hadid

Oh! Artis

Mereka Mula Goyang! Bella Hadid Digugurkan Daripada Kempen Kasut Retro Olimpik Munich 1972

Wah, dia pula nak boikot kita balik lepas orang ramai boikot dia? Itulah apa yang dilakukan jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Adidas yang bertindak menggugurkan Bella Hadid sebagai duta.

Adidas menggugurkan model pro-Palestin dan berdarah Palestin dari senarai kempen pengiklanan kasut retro Olimpik Munich 1972.

IKLAN

Nagara haram jadah, Israel sebelum ini mengkritik pemilihan Hadid dalam kempen itu dan menuduhnya sebagai musuh Israel.

Ini semua gara-gara semasa Olimpik Munich 1972 tu, berlaku pembunuhan beramai-ramai atlet Israel dan sekarang Hadid pula mereka mahu salahkan.

Adidas dalam satu kenyataan turut meminta maaf kepada Israel dan mengatakan akan membuat semakan semula mengenai promosi kasut Latihan SL72 yang menggunakan Hadid sebagai model mereka.

Kami sedar bahawa hubungan dibuat dengan peristiwa bersejarah yang tragis walaupun ini sama sekali tidak disengajakan dan kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan atau kesulitan.

Mereka yang pro-Israel juga turut membantah keputusan Adidas memilih Hadid. Wah, dengan model pun mereka goyang.

Dalam pada itu, jurucakap Adidas turut mengesahkan pengguguran Hadid daripada kempen itu.

bella hadid

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas