Connect with us

Oh! Media

Leona Tak Faham Cara Azhar Sulaiman Berfikir, Dedah Apa Yang Dilaluinya Masa Jejak Kaki Ke Palestin

kasih iris leona

Oh! Artis

Leona Tak Faham Cara Azhar Sulaiman Berfikir, Dedah Apa Yang Dilaluinya Masa Jejak Kaki Ke Palestin

Pelakon Azhar Sulaiman menjadi perhatian selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai rakan artis yang menunjukkan sokongan kepada P4lestin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Silalah Pindah Ke Gaza Sekarang Dan Bantu Orang Di Sana” – Azhar Sulaiman Kritik Artis Sokong Palestin

Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon ini mencabar artis-artis Malaysia supaya berpindah ke Gaza untuk membantu saudara yang sedang diserang di sana.

azhar sulaiman

Sebagai seorang anak, pempengaruh Kasih Iris Leona pun sudah tentulah menerima tempias daripada kenyataan kontroversi tu kan?

Namun menurut Leona, dia langsung tidak sependapat dengan bapanya. Dia menentang serangan yang dibuat pendatang haram zionis terhadap P4lestin.

kasih iris leona

Malah, Leona sendiri rupa-rupanya pernah menjejakkan kaki ke tanah P4lestin sebelum ini dan melihat sendiri keadaan di sana.

Dia menyedari kekejaman yang dilakukan oleh puak pendatang haram dan perancangan jahat itu sebenarnya wujud sebelum 7 Oktober lagi.

Jelas Leona lagi, dia dan Azhar Sulaiman tidak ‘sebulu’ dalam banyak perkara dan dia sendiri gagal memahami cara Azhar Sulaiman berfikir.

leona

Kongsi Leona, semasa berjalan untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa, seorang wanita P4lestin menegurnya. Kata wanita P4lestin itu, “Sila pastikan dunia tidak berhenti bercakap tentang kami. Sila pastikan kami diingati. Tolong ingat kami dalam doa anda. Tolong kekal berdiri bersama P4lestin.”

Leona berpendapat, kita patut kekal bersolidariti bersama P4lestin dan menentang kekejaman zionis Isr4el. Apa yang boleh dilakukan buat masa sekarang adalah menyebarkan kesedaran mengenai P4lestin supaya mereka tidak dilupakan.

Kredit: X @kasihirisleona

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas