Connect with us

Oh! Artis

“Lebih Baik Berdiam Diri Atau Minta Maaf” – Haji Zil Harap Ruhainies Dapat Bangkit Semula

Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd (ZPSDB), Haji Zil berharap agar pelakon sensasi, Ruhainies dapat bangkit semula dengan melakukan sesuatu bagi menjernihkan semula namanya.

Tambahnya, dia juga menasihatkan supaya aktres tersebut tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh memakan dirinya.

IKLAN

Haji Zil berkata dia kesian dengan kontroversi yang melanda Ruhainies kerana pernah berkerja dengan pelakon itu.

Lebih baik berdiam diri atau minta maaf. Kalau boleh dia berhentilah daripada terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini. Saya tidak menyokong tetapi dia harus lakukan sesuatu untuk ‘comeback’ dalam industri.

Dia pun ada cakap dengan saya, sedikit kecewa yang selama ini ada kawan industri baik tetapi sekarang turut menghentam.

Tiada masalah nak ambil Ruhainies berlakon

Katanya, buat masa sekarang Ruhainies tak perlulah mengeluarkan kenyataan kerana risau akan viral seperti isu tak boleh menangis depan kamera.

BACA: “Anies Tak Pandai Berlakon” – Ruhainies Terharu Dapat Jumpa Wartawan Di Mahkamah

Dia ada tanya saya sama ada berani atau tidak nak ambil dia berlakon. Saya hanya jawab, tiada masalah kalau stesen TV boleh terima, saya okey sahaja sama ada dia atau Aliff.

Walau bagaimanapun, Haji Zil juga menjelaskan kepada Ruhainies dia hanya mengikut keputusan dan pendirian pihak stesyen televisyen walaupun kesian dengannya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah selepas ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas