Connect with us

Oh! Artis

Kongsi Video Aiman Hakim Dapat Kejutan Bakal Jadi Bapa, Zahirah Macwilson Buat Peminat Sebak

Hubungan antara Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sememangnya dikenali ramai apabila rata-rata warganet mengetahui bahawa mereka telah sah menjadi suami isteri sejak tahun 2019 yang lalu.

BACA: “Suami Dayus!” – Netizen Hentam Aiman Hakim Ridza, Tergamak Biarkan Isteri Mesra Dengan Lelaki Lain 

IKLAN

Baru-baru ini Zahirah telah memuat naik satu video di TikTok berkongsi detik-detik dirinya membuat kejutan kepada Aiman apabila disahkan hamil dengan cahaya mata mereka.

Buat peminat sebak

Video tersebut memaparkan kompilasi sepanjang tempoh kehamilan Zahirah MacWilson. Selain itu, ada juga momen yang menunjukkan reaksi sebak Aiman ketika mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya.

Perkongsian video tersebut turut mengundang reaksi sebak oleh warganet dan ada juga yang mengharapkan dapat dikurniakan cahaya mata juga suatu hari nanti.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas