Connect with us

Oh! Media

“Kita Tunggu Each Other Mandi Sama-Sama, Solat Dan Sikat Rambut Sebelum Tidur” – Dini

janna nick

Oh! Artis

“Kita Tunggu Each Other Mandi Sama-Sama, Solat Dan Sikat Rambut Sebelum Tidur” – Dini

Pejam celik pejam celik rupanya dah setahun Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann melayari bahtera rumahtangga.

ADVERTISEMENT

Sempena ulang tahun perkahwinan tersebut, Dini Schatzmann mengimbau kenangan manis sepanjang bersama isterinya.

BACA: “Dini Je Kebahagiaan I Sekarang” – Janna Nick Beri Amaran Kepada Penyondol, Tak Takut Masuk Penjara

Menurut Dini, Janna bukanlah seorang yang dominan seperti yang dipamerkan dalam video sebelum ini. Janna sebenarnya seorang yang manja dan lembut berbanding dirinya.

Pelakon ini sangat menyenangi sikap manja isterinya itu dan bersyukur dikurniakan pasangan hidup seperti Janna.

Tambah Dini, kenangan paling manis bersama Janna adalah ketika mereka menunaikan umrah bersama-sama selepas berkahwin.

Jelasnya, Janna yang teringin sangat menunaikan umrah ketika mereka berbincang mengenai destinasi bulan madu mereka.

janna nick

Dini sangat menghargai kenangan menunaikan umrah bersama Janna kerana ianya satu perkara yang baik untuk memulakan perhubungan mereka.

Dalam pada itu, Dini mengaku mereka banyak merakam video untuk dimuat naik ke media sosial. Tetapi, kata Dini ada banyak lagi momen-momen yang orang tak nampak.

Rutin kegemaran kami, yang kami tak kongsi dengan orang ramai adalah setiap malam apabila balik rumah, walaupun salah seorang dari kami dah lama balik, tapi kami akan tunggu masing-masing untuk mandi sama-sama. Lepas mandi kita akan solat dan saya akan sikat rambut Janna sebelum kami masuk tidur. Saya rasa itu rutin yang sangat bagus.

Perkara lain yang Dini suka mengenai Janna adalah Janna seorang yang bercita-cita besar. Janna suka merancang untuk masa depan yang lebih baik.

Dini suka apabila Janna akan berbincang dengannya setiap perkara mengenai hidup. Janna pernah meluahkan hasrat untuk menyambung pelajaran dan sebagai suami, Dini memberi sokongan penuh.

Cara Janna secara tidak langsung menyuntik semangat dalam diri Dini untuk menjadi seorang manusia yang terbaik.

Kredit: Instagram Dini Schatzmann

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas