Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kaitkan Nama Saya?” – Vida Hairan Nama Dipetik Isu Hadiah Tanah Lot Banglo Aishah

Oh! Artis

“Kenapa Kaitkan Nama Saya?” – Vida Hairan Nama Dipetik Isu Hadiah Tanah Lot Banglo Aishah

Semalam kecoh apabila penyanyi hebat, Dato Aishah memaklumkan masih belum menerima hadiah berupa tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti, Gegar Vaganza pada 2017 yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Dah Janji Tunaikanlah” – Aishah Bengang Masih Belum Terima Hadiah Tanah Lot Banglo

Sehubungan dengan itu, Dato Aishah membuat keputusan untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan setelah hampir lima tahun menanti hadiah yang tidak kunjung tiba itu.

Dato Seri Vida pelik nama dipetik netizen

Dalam pada itu, netizen mula memetik nama usahawan kosmetik, Dato Seri Vida yang dikatakan tidak menunaikan janji yang telah diberikan kepada Dato Aishah.

Berang namanya dikaitkan, Vida yang dihubungi Utusan Malaysia berharap netizen tidak mengaitkan dirinya dengan kes tuntutan hadiah itu kerana ia melibatkan penaja lain dan bukanlah dirinya.

Apa pasal ya? Asal Aishah buat tuntutan saja orang cari saya? Apa hal ini? Saya pun jadi hairan. Rasanya ramai sudah keliru ini. Saya tak ada kaitan pun dengan penajaan berupa sebidang tanah semasa menjayakan program GV4 itu.

Penaja yang terlibat difahamkan merupakan sebuah syarikat peneraju perumahan. Sebelum ini pun, isu antara saya dengan Aishah membabitkan tajaan hadiah barangan kemas. Tetapi, hal itu pun sudah lama selesai.

Jadi, saya harap, jangan kaitkan dengan saya tentang hadiah tanah itu. Saya tiada kaitan. Jangan menganiaya saya.

Dalam pada itu, Vida memaklumkan bahawa dirinya sukar melupakan isu salah faham yang berlaku mengenai pemberian hadiah berupa barang kemas kepada juara GV4 itu.

Waktu itu memang terjejas teruk. Bukan tahap jatuh terduduk, tapi terlentang, terguling sebab orang fitnah saya jual barang kemas palsu.

Untuk saya bangkit kembali, bukan senang. Tapi, saya yakinkan diri untuk bangun semula di sebalik segala yang terjadi.

Netizen pun, selidik dulu baru hentam. Tak pasal-pasal nama Dato Seri Vida dikaitkan sekali.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas