Connect with us

Oh! Media

Juara Gegar Vaganza 7 Mengaku Bersalah Miliki Heroin, Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

cliff umar

Oh! Artis

Juara Gegar Vaganza 7 Mengaku Bersalah Miliki Heroin, Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Penyanyi Cliff Umar yang merupakan juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di atas pertuduhan memiliki heroin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Baru Jadi Juara Terus Kena Kecam”, Netizen Pertikai Ucapan Cliff Umar Tak Sensitif

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu, Cliff Umar membuat pengakuan bersalah.

Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph ditahan di Subang Jaya pada Ahad lalu sekitar jam 3.30 petang kerana memiliki heroin seberat 0.39 gram.

cliff umar

Mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama, penyanyi tersebut boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebih RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan bernilai RM3,300 dengan seorang penjamin terhadap Cliff dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan pada 31 Julai ini.

Kredit: Kosmo! | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas