Connect with us
jocelyn chia

Oh! Artis

Jocelyn Chia Akui Tak Pernah Berdendam Dengan Malaysia, Buat Lawak Hanya Untuk Panaskan Penonton

Pelawak kontroversi asal Singapura, Jocelyn Chia akhirnya bersuara tentang isu menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak. Jocelyn mendakwa dia telah melakukan persembahan lawaknya sebanyak 100 kali lebih dalam masa setahun setengah tanpa sebarang masalah.

BACA: Pelawak Wanita Luar Negara Sokong Jocelyn Chia, Harap Sangat Tak Minta Maaf Dengan Waris MH370

IKLAN

Video klip pendek yang tersebar dan menjadi viral juga dikatakan tidak adil untuknya kerana ada beberapa konteks penting yang hilang.

Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan dalam satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko.

Jocelyn Chia akui tak pernah berdendam dengan Malaysia…

Saya tak berdendam dengan Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.

Jocelyn juga memaklumkan penonton dari Malaysia suka dengan lawaknya selepas datang kepadanya sebaik sahaja selesai persembahan. Penonton Malaysia juga dikatakan tidak menunjukkan sebarang reaksi tersinggung dengan lawaknya ketika itu.

Bagi Ohmedia, jawapan Jocelyn ini masih belum lengkap kerana kesilapan utamanya adalah menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan lawak. Ada perkara yang kita boleh terima tapi isu yang melibatkan tragedi sedih itu, tidak sepatutnya berlaku.

Kredit: CNN

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas