Connect with us

Oh! Media

“Jangan Cakap Suami Saya Tak Beli Mesin Basuh” – Ina Naim Buka Dobi Di Kampung

ina naim

Oh! Artis

“Jangan Cakap Suami Saya Tak Beli Mesin Basuh” – Ina Naim Buka Dobi Di Kampung

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad gembira dapat menunaikan hasrat arwah suami untuk membuka dobi di kampung terletak di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

ADVERTISEMENT

BACA: “Arwah Tinggalkan Pesan Minta Maaf Kepada Semua Orang” – Ina Naim

Menerusi satu sesi langsung di TikTok, Ina Naim berkata, modal bagi memulakan bisnes kecil-kecilan itu menggunakan duit royalti arwah.

Arwah bercita-cita nak ada kedai dobi

Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

Kongsi Ina, sejak 2009 arwah Suhaimi ada bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung. Dan kini ianya menjadi kenyataan meskipun arwah sudah tiada.

Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung.

Ina bersyukur rezeki mereka tidak putus terutama apabila musim hujan.

ina naim

Katanya, ada je orang hantar pakaian termasuk pihak masjid yang mahu mencuci sejadah dan telekung. Ada juga sekolah menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas