Connect with us

Oh! Media

“Itu Bukan Rambut Saya”- Yuna Beri Penjelasan Awal Untuk Netizen

Oh! Artis

“Itu Bukan Rambut Saya”- Yuna Beri Penjelasan Awal Untuk Netizen

Sebelum ini penyanyi terkenal, Yuna pernah dikatakan sudah free hair kerana menayang rambut di sebuah majalah tempatan. Namun penyanyi itu kembali menjadi tumpuan kerana memakai aksesori yang menyerupai rambut.

ADVERTISEMENT

BACA: Yuna Dan Afgan Selamba Berpelukan Di Khalayak Ramai Raih Kecaman Netizen

Menerusi hantaran Instagramnya, Yuna berkongsi gambar photoshoot dengan kapsyen menjelaskan dia masih lagi berhijab dan aksesori itu hanyalah topi berbulu.

Tidak melepaskan peluang dari perhatian yang diraih, Yuna juga sempat menasihatkan pengikutnya untuk terus menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya sudah dapat perhatian daripada anda… Jangan berhenti berbicara soal Palestin.

Buat pengetahuan anda semua, ketika ini saya mengambil keputusan untuk hanya melakukan penggambaran fesyen serta bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan mana-mana individu yang bercakap mengenai Palestin.

Walaupun rata-rata netizen dilihat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh penyanyi tersebut, segelintir daripada mereka masih tidak bersetuju dengan pilihan aksesori yang dipakai.

Ehhh.. Sikit je lagi.

Hair look about to go viral after this.

Bagus Yuna ni, tak takut bersuara tentang saudara di Palestin. Apa-apa pun sama-sama lah kita doakan Yuna akan istiqamah untuk berhijab.

Kredit: Instagram @yuna

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas