Connect with us

Oh! Media

“Itu Antara Saya Dan Allah” – Yusuf Bahrin Jawab Kecaman Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

Ohmedia yusuf Bahrin 1

Oh! Artis

“Itu Antara Saya Dan Allah” – Yusuf Bahrin Jawab Kecaman Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

Yusuf Bahrin akui silap tak tutup aurat ketika main bola dan jawab isu babak bersentuhan.

Pelakon Yusuf Bahrin baru-baru ini dikecam kerana tampil bersentuhan dengan pelakon wanita. Netizen mempersoalkan Yusuf yang sebelum ini meletakkan had serta batasan dalam lakonannya.

BACA: Tular Video Mesra Yusuf Bahrin Dan Nelydia Senrose Undang Kecaman Ramai

Terbaru, Yusuf ketika ditemubual mStar menjawab isu tersebut. Jelasnya, segala lakonannya dilakukan atas dasar kerja dan amanah sebagai pelakon.

IKLAN

Yusuf Bahrin jawab kecaman bersentuhan

Yusuf Bahrin

Namun apa pun alasannya, pelakon ini mengakui salah untuk memegang bukan mahram.

Tapi, itu antara kita dan Allah. Orang lain tak boleh judge tau benda ni. Takkanlah saya nak bagitahu, lepas saya buat benda ni, saya akan sembahyang taubat buat video semua. Takkanlah? Nanti orang cakap, argh dia ni poyo lah.

Tambah Yusuf lagi, dia terpaksa bersentuhan di atas dasar tanggungjawab terhadap watak yang diberikan.

Saya fikir balik… lantaklah! Bukan mereka bayar duit rumah saya, saya yang bagi nafkah dekat bini saya. Saya yang kena sediakan makan minum atas meja. Takkan saya nak ikut cakap orang saya kena susah? Betul tak? Tak fair la.

Bagi pelakon ini, jika mahu menegur lebih baik menghantar DM dan bukan meninggalkan komen secara terbuka di akaun Instagram.

Pssttt! Manusia memang tak lari daripada kesilapan dan Yusuf sendiri mengakui kekhilafan itu. Apa yang penting ialah kesedaran untuk memperbaiki diri dan tidak terus mengulangi perkara sama walaupun berada dalam tekanan kerja.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas