Connect with us

Oh! Media

Intan Najuwa Sekolahkan Lelaki ‘Bitter’ Dengan Hidupnya Selepas Kahwin, Kena Setepek!

Oh! Artis

Intan Najuwa Sekolahkan Lelaki ‘Bitter’ Dengan Hidupnya Selepas Kahwin, Kena Setepek!

Nama pelakon Intan Najuwa menjadi topik hangat di media sosial selepas tular kenyataan menyatakan dia kini banyak meluangkan masa di rumah selepas berkahwin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Seminggu Dua Tiga Kali” – Intan Najuwa Aktif Berkuda Sejak Kahwin, Sudah Ada 5 Ekor Kuda

Difahamkan, Intan berehat seketika daripada menjalani sebarang penggambaran untuk menghormati permintaan suaminya.

Jelas Intan lagi, dia sudah penat bekerja keras waktu bujang dan kini tiba masanya dia fokus kepada rumah tangga pula.

Rutin harian saya sekarang tidur, memasak, makan, pilates (bersenam), coffee coffee dan shopping. Produktif betul hidup!

Namun, kenyataan Intan ini mengundang sindiran daripada kaum lelaki yang tidak berpuas hati.

Tak berdiam diri, Intan tampil mempertahankan dirinya. Dia bersyukur tidak dikelilingi lelaki berfikiran seperti netizen di dalam hidupnya.

Intan juga menjelaskan sebelum berjodoh dengan suami, dia sebenarnya sudah mempunyai kerjaya, harta sendiri, bisnes dan pendidikan.

Dari segi kewangan, pelakon ini langsung tidak bergantung kepada sesiapa. Jadi, Intan merasakan tidak menjadi sebarang masalah jika dia mahu berehat seketika di rumah.

Saya dah kerja keras sebelum ni dan dah capai apa yang saya nak dalam hidup. Jadi sekarang, biarlah saya nikmati kehidupan rumah tangga saya. Lagi pun ini permintaan suami saya sendiri, isteri yang baik mestilah dengar cakap suami kan?

Pelakon ini meminta netizen yang sakit hati supaya bertenang dan berhenti jadi ‘bitter’.

Intan siap ‘sekolahkan’ lelaki-lelaki tersakiti di luar sana bahawa wanita sebenarnya tak memerlukan duit lelaki.

Wanita ada kerjaya dan boleh cari duit sendiri supaya tak bergantung kepada sesiapa.

Kalau kami duduk rumah pun, kami boleh cari makan sendiri. Berhentilah rasa macam kami tergila-gilakan duit korang. Kami tak berminat. Berhentilah cakap banyak sangat, tingkatkan diri, pergi kerja.

Tambah pelakon ini, jika lelaki itu benar-benar lelaki sejati dia akan memastikan isterinya hidup selesa.

Lelaki sejati juga tahu apa yang terbaik untuk isteri dan keluarganya tanpa perlu bergaduh. Fuh, kena setepek!

Kredit: Instagram Intan Najuwa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas