Connect with us

Oh! Media

Instafamous Wanita Mengaku Kaut Keuntungan Lebih RM10K Sebulan

Oh! Artis

Instafamous Wanita Mengaku Kaut Keuntungan Lebih RM10K Sebulan

Kalau korang lihat di ruangan komen artikel Ohmedia sebelum ini, rasanya teka-teki sudahpun terjawab apabila sebuah kondominium milik Instafamous telahpun diserbu KPDNHEP apabila dipercayai menjual minyak wangi antarabangsa tiruan.

BACA: (Video) KPDNHEP Serbu Kondominium Selebriti Terkenal & Rampas Pewangi Tiruan

Instafamous wanita itu juga dipercayai telah mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil daripada jualan terbabit.

Hasil dari semakan kami juga, suspek juga mendakwa yang produk yang dijualnya adalah 100% asli, tetapi akhirnya ia terbongkar dan memperdaya ramai pembeli.

Siasatan mendapati individu wanita berusia 26 tahun itu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuat iklan jualan minyak wangi tiruan itu. Pemeriksaan juga menemui slip penghantaran barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan.

Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan. Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siastan mengikut Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019. – Kata Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah.

Untuk pengetahuan korang, anggaran harga bagi 1 jenis minyak wangi yang dijual adalah pada sekitar RM150 hingga RM200 sebotol.

Buat mereka yang sudahpun terbeli produk ini, korang percaya ke yang ia 100% original? Susah nak dapat barang original sebenarnya selain daripada beli terus di butik. Apa pandangan korang?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

ITTIFY

To Top