Connect with us
Syamsul Yusof

Oh! Artis

Ini Perkembangan Terkini Syamsul Yusof, Netizen Nasihat Jangan Lupa Ziarah Ibu Bapa

Kelibatan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dalam satu video yang tular di media sosial telah mengundang perhatian ramai. 

Menerusi satu video di Tiktok, Syamsul dipercayai sedang berada di dusun buah-buahan miliknya yang dipenuhi dengan pokok durian, cili dan pisang.

IKLAN

Melawat ladang, mudah-mudahan Allah izin.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang memuji Syamsul kerana berfikiran bijak dan tidak bergantung dengan hasil karya seninya semata.

Artis yang beli tanah buat kebun ni memang bijak.

Patutlah ‘steady’, dah jadi tauke musang king rupanya. Salute kepada orang yang mula berkebun dari awal macam ini daripada ambil yang sudah ada hasil.

Alhamdulillah ini baru betul usahawan hebat. Bimbing pula artis yang susah ke arah pertanian. Saya sokong usaha awak.

Bukan tu jer, dalam banyak-banyak yang memuji tapi masih ada segelintir netizen yang mengingatkan supaya Syamsul pulang dan menziarahi kedua ibu bapanya.

Balik dari kebun jangan lupa melawat ayah bonda.

Semoga berjaya, tapi jangan lupa jumpa mak ayah. Mereka sudah tua.

Untuk keberkatan hidup, balik jumpa mak ayah dulu.

Syamsul Yusof

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas