Connect with us

Oh! Media

“Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies Pesan Jangan Terlalu Percayakan Sesiapa

ruhainies terjerat

Oh! Artis

“Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies Pesan Jangan Terlalu Percayakan Sesiapa

Pelakon kontroversi, Ruhainies menerusi satu perkongsian di Instagram tampil mempromosikan drama terbarunya bersama aktor Aliff Aziz iaitu Terjerat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tahniah Bekas Sahabat, Ruhainies..” – Bella Astillah

Menurut Ruhainies, drama Terjerat yang bakal ditayangkan pada 26 Jun di platform iqiyi adalah naskhah berat yang penuh dengan emosi.

terjerat

Katanya, penceritaan membawa maksud yang sangat dalam dan ianya menggambarkan apa yang telah berlaku baru-baru ini.

Sebuah naskhah berat dan penuh emosi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sebuah penceritaan yang pada saya membawa maksud yang sangat dalam dan tidak pasti suratan atau kebetulan, storyline nya seakan menggambarkan apa yang telah berlaku baru baru ini.

Pelakon Nur Ruhainies Farehah dapat menyimpulkan bahawa jangan terlalu percayakan sesiapa dan jangan terlalu cepat menilai.

Hidup ni penuh dengan “plot twist”. Bukan semua yang dipaparkan adalah benar. Hanya Allah yang mengetahui. Everything we hear is an opinion, not a fact. Everything we see is a perspective, not the truth.

Terdahulu, gempar diperkatakan apabila pelakon drama Terjerat iaitu Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac.

aliff aziz

Tangkapan menyebabkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah menfailkan penceraian. Aliff dan Bella kemudian disahkan berpisah pada 13 Jun lalu.

Kredit: Instagram Ruhainies

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas