Connect with us

Oh! Artis

“Hati-Hati Dalam Mengulas” – Netizen Persoal Konsep Seimbang Hiburan Dan Ibadah Caprice

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai konsert penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Demi mendapatkan tempat terbaik di standing zone, ada peminat yang sanggup beratur sebelum subuh meskipun konsert dijadualkan pada jam 8.30 malam.

IKLAN

Perkara itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki. Menurut beliau, dunia bukanlah tempat untuk manusia menghambakan diri kepada hiburan.

BACA: “Belum Cukup Lagikah Ujian Covid?” – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Ramai Sanggup Beratur Demi Konsert

Terbaru, Caprice meluahkan rasa kurang faham mengapa ramai yang mempertikaikan konsert artis antarabangsa itu sedangkan ada banyak konsert daripada artis kita sendiri.

Penyanyi rap dan usahawan ini ada menyebut mengenai konsert rock, pop, hip hop, AME, Jom Heboh, festival dan terbaru konsert Suria FM. Menurutnya semuanya itu adalah hiburan.

Caprice berpandangan hidup ini haruslah seimbang. Kita haruslah fikir apa yang boleh dibina supaya masyarakat lebih suka serta semangat dengan ibadah dan memastikan ibadah lebih banyak daripada hiburan.

The moment ibadah tinggi daripada hiburan. InsyaAllah selamat.

Pandangan Caprice ini ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang mempersoalkan konsep ‘seimbang’ yang dinyatakan penyanyi rap ini dan memintanya supaya berhati-hati dalam memberi ulasan.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas