Connect with us
hana ismail

Oh! Artis

Hana Ismail Akui Pernah Syak Wasangka Dengan Dai Syed Gara-Gara Kes Rogol

Pendakwah selebriti, Dai Syed sebelum ini teruk difitnah selepas dikaitkan terlibat dengan banyak kes rogol.

Akibat daripada fitnah itu, isteri kepada Syed iaitu Hana Ismail juga menerima kecaman hebat. Sampai ada yang kata keguguran yang dialaminya adalah kifarah.

IKLAN

Hana yang ditemui pihak media bagaimanapun berkata perkara yang berlaku telah menimbulkan syak wasangka kepada suaminya. Turut berlaku pergaduhan di antaranya dan Syed disebabkan isu terbabit.

Jadi, saya memang duduk dan bertafakur dan bermuhasabah. Hakikatnya semua rumah tangga memang ada ujian.

Dalam pada itu, Syed turut meluahkan syukur kerana dikurniakan isteri yang solehah dan selalu memberikannya semangat dan motivasi.

Tambah Syed, ketika mahu menghalalkan hubungan dia sendiri bertanya kepada bapa Hana dan bercakap tentang kes mahkamah yang belum selesai.

Alhamdulillah ayah dia merestui perkahwinan kami. Jadi, kami kahwin. Tiba-tiba tup tup ada lagi (fitnah).

Menerusi ruangan komen, warganet memuji Hana kerana bijak menyusun ayat dan lancar serta jelas berkata-kata namun segelintir dilihat mengkritik cara pemakaian Syed yang disifatkan tidak sesuai untuk seseorang yang bergelar Da’i.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas