Connect with us

Oh! Artis

Hamil Anak Pertama, Intan Najuwa Alami Alahan Sampai Suruh Alihkan Pasu, Tukar Langsir Baru

Baru-baru ini, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya dan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman bakal menimang cahaya mata pertama.

BACA : Intan Najuwa Umum Hamil Anak Sulung, Foto ‘Baby Bump’ Tarik Perhatian

IKLAN

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Intan memberitahu bahawa dia mengalami beberapa alahan sepanjang kehamilannya yang kini mencecah trimister kedua.

Dia buka langsir tu, pasang langsir baru. Ya Allah, tak sangka macam tu pembawakan baby. Sedangkan langsir tu elok je, selama ni okay je.

Lepas tu, pasu dekat rumah pun saya suruh alihkan sebab tak boleh tengok pasu depan saya, nak muntah.

Dalam pada itu, pelakon drama Rihanna ini akui dirinya sering beremosi lebih-lebih lagi ketika kandungannya berada pada trimister pertama.

Bercerita dengan lebih lanjut, Intan memaklumkan sudah 4 bulan dia tidak menjejakkan kaki ke kandang kuda kerana alah dengan bau najis haiwan itu.

Walhal sebelum ini, dia langsung tidak terganggu dengan bau tersebut malah sering memeluk dan mencium kuda peliharaannya itu.

Ada satu masa tu, saya tak tahu yang saya ni mengandung, dan saya pergi kandang kuda macam biasa. Tiba-tiba saya rasa bau najis kuda tu macam pelik, rasa nak muntah. Lepas seminggu tu, baru tahu yang saya mengandung.

Sementara itu, Intan mendedahkan bahawa sebelum ini dia hanya mendengar pengalaman ‘pembawakan budak’ yang dilalui oleh ibu-ibu hamil namun baru sekarang, dia faham apa yang dilalui mereka.

Kita tak tahu pembawakan orang mengandung ni macam mana. Sebelum ni tengok ibu mengandung alami bermacam-macam alahan, mengidam nak makan itu ini tapi saya tak boleh nak relate. Tapi bila jadi dekat diri sendiri, baru saya faham.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas