Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Muat Naik Gambar ‘Belanja’, Nora Danish Terima Kecaman Netizen

Oh! Artis

Gara-Gara Muat Naik Gambar ‘Belanja’, Nora Danish Terima Kecaman Netizen

Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif merupakan seorang pelakon tanah air yang mempunyai watak yang bersahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Nora Danish Dikecam Bawa Anak ‘Dine-In’, Nedim Bengang Sekolahkan Netizen

Pelakon berusia 39 tahun ini dilihat jarang menimbulkan sebarang kontroversi serta sedang fokus dalam pekerjaan serta membesarkan anak-anaknya.

Terdahulu, Nora Danish juga pernah menerima kecaman netizen oleh kerana membawa anak-anaknya dine-in di sebuah restoran yang dilihat berisiko dijangkita wabak.

Namun, suaminya, Nedim Nazri tampil memberikan penjelasan tentang ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang kebenaran membawa anak kecil bagi menjamu selera di luar.

Nora Danish muat naik gambar ‘belanja’?

Bagaimanapun, Nora Danish sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas memuat naik sebuah gambar memaparkan bahagian punggungnya untuk tatapan umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, pelakon itu telah berkongsi sekeping gambar dari arah belakang sambil mengenakan seluar jeans yang ketat.

Gambar tersebut mencetuskan kontroversi kerana menampakkan bentuk punggungnya dan dilihat tidak sesuai bagi seorang yang sudah berstatus seorang isteri.

Ghost buster (memburu hantu).

Terima kecaman netizen

Gara-gara perkongsian itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah dikecam serta ditegur oleh pengikutnya pada ruangan komen hantaran tersebut.

Rata-rata berpendapat bahawa pelakaon tersebut tidak sepatutnya berkongsikan gambar seperti itu yang dilihat kurang manis bagi imejnya sebagai seorang ibu.

Setakat ini, perkongsian gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 60,000 tanda suka serta 491 komen ditinggalkan daripada pengikutnya.

Kredit: Instagram Nora Danish I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas