Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Terkejut Menang Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Peringkat Antarabangsa

Oh! Artis

Fattah Amin Terkejut Menang Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Peringkat Antarabangsa

Seperti tidak percaya, pelakon popular Fattah Amin yang cukup diminati wanita telah melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

ADVERTISEMENT

Kemenangan yang diumumkan di laman web WFC Singapore 2021 itu tidak disangka-sangka Fattah Amin dan mengakui masih banyak perlu belajar dalam bidang lakonan.

Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik saja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik, saya jadi terkejut. Memang saya tidak sangka. Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik.

Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa. – Katanya yang dihubungi BH Online.

Untuk pengetahuan korang, kemenangan Fattah Amin ini lebih bermakna apabila ia diputuskan 100% oleh juri profesional dan bukannya atas undian peminat.

Tahniah buat Fattah Amin dan semoga lebih banyak anugerah dimenangai akan datang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas