Connect with us
fairuz misran

Oh! Artis

Fairuz Misran, Klon Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Disahkan Meninggal Dunia

Fairuz Misran yang cukup terkenal dengan perwatakan klon seniman negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dikhabarkan sudahpun meninggal dunia pada jam 1.30 tengahari tadi pada hari Jumaat.

Berita pemergian arwah cukup mengejutkan ramai pengikutnya dan disahkan abang arwah, Ruzaidi Misran di Facebook.

IKLAN

Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

Setakat ini, punca pemergian arwah masih tidak didedahkan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas