Connect with us

Oh! Media

“Dunia Ni Dah Terlalu Tenat,” – Ruhainies Tak Tahan Selalu Difitnah

Oh! Artis

“Dunia Ni Dah Terlalu Tenat,” – Ruhainies Tak Tahan Selalu Difitnah

Tular di media sosial, satu pemilik akaun kad kahwin digital yang dikatakan sengaja mengundang fitnah kepada selebriti sensasi, Ruhainies dan Aliff Aziz. Katanya, aktres itu mahu mengambil tindakan lanjut. Betul ke ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kad Jemputan Pertunangan Aliff Aziz Dan Ruhainies Di Media Sosial?

Tidak tahan kerana kerap difitnah, Ruhainies berkongsi di Instagram storynya bahawa dia akan memastikan pihak tersebut akan diberikan pengajaran.

Dia juga dilihat sempat menasihatkan syarikat lain yang sering mereka cerita demi menarik perhatian netizen untuk mengambil maklum.

Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ni dah terlalu tenat.

I will make sure you will pay for it.

Saya sudah lama sangat berdiam. Kepada Instagram users yang dihormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial.

Kembali kongsi petikan islamik

Tak hanya memberikan nasihat, Ruhainies juga sempat kongsikan petikan islamik berkaitan dengan sabar dalam hantaran lain.

This could be the sign. Allah nak saya bersabar lagi.

Terdahulu, Ruhainies difahamkan bengang apabila kad jemputan pertunangan yang tertera dengan namanya dan aktor, Aliff Aziz tular di media sosial sehingga menimbukan fitnah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas