Connect with us

Oh! Media

“Kualiti Muzik Video Malaysia Bertaraf International!” – Netizen Bangga Dolla Harumkan Negara Dengan Lagu Damelo

Oh! Artis

“Kualiti Muzik Video Malaysia Bertaraf International!” – Netizen Bangga Dolla Harumkan Negara Dengan Lagu Damelo

Kumpulan pop wanita terkenal, Dolla baru-baru ini tampil dengan single terbaru Damelo yang diselitkan bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol.

ADVERTISEMENT

BACA: Patutlah Cun, Ini Rupanya Rahsia Disebalik Solekan DOLLA Yang Cantik Macam Artis Kpop!

Difahamkan, Damelo yang membawa maksud ‘berikan padaku’ adalah buah tangan Dolla buat peminat dari Amerika Latin.

dolla

Jelas anggota kumpulan ini, mereka mempunyai ramai peminat yang bertutur dalam bahasa Sepanyol. Ianya menjadi pendorong utama untuk mereka mencuba sesuatu yang baru iaitu menyanyikan lagu yang mempunyai vibes Mexican.

Lebih menarik lagi, walaupun peminat berasal dari luar negara, mereka lebih menyukai lagu Dolla dalam bahasa Melayu. Jadi penghasilan lagu Damelo adalah salah satu gol buat peminat-peminatnya.

Lagu Damelo yang pada awalnya ditulis dalam bahasa Sepanyol kemudian ditukarkan kepada bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi beberapa bahagian lagu ini dalam bahasa Sepanyol masih dikekalkan sebagai tanda penghormatan kepada penulis asal karya ini.

Single terbaru Dolla kali ini tampil lebih berani dan bertenaga berbanding yang sebelumnya kerana itu yang ingin ditonjolkan mereka dalam lagu ini.

Damelo yang baru ditayangkan secara umum di mana-mana platform media sosial sepuluh hari yang lalu kini telah mencapai sebanyak 1.3 juta tontonan di Youtube!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas