Connect with us

Oh! Media

Bayi Lelaki Dilahirkan Dengan Ibu Jari Seperti Hrithik Roshan

Trending

Bayi Lelaki Dilahirkan Dengan Ibu Jari Seperti Hrithik Roshan


Setiap yang diciptakan oleh-Nya adalah sebaik-baik kejadian. Tak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna, tetapi cukup jika kita sebagai manusia tahu apa itu erti bersyukur. 

ADVERTISEMENT

Semalam di Twitter katanya ada seorang peminat bintang Bollywood, Hrithik Roshan yang telah mencuri tumpuan ramai apabila dia menamakan anaknya yang baru dilahirkan dengan nama Hrithik.

Lelaki yang dikenali sebagai Rishikesh Angom itu telah menamakan bayi lelakinya dengan nama Hrithik kerana anaknya itu dilahirkan dengan ibu jari yang memiliki lebihan daging atau polidaktili.

Seperti yang kita tahu Hrithik Roshan memang dilahirkan dengan memiliki lebihan ibu jari pada tangan kanan.

Saya adalah peminat Hrithik sejak era Kaho Naa Pyaar Hai lagi. Saya juga ada menambah huruf ‘H’ di depan nama saya. 

Semalam, masa anak saya lahir saya tak perasan lagi. Pagi ini, baru saya sedar yang ada kelainan di bahagian ibu jari anak saya.

Saya pun ambil keputusan untuk menamakannya sebagai Hrithik. – Kata Rishikesh di Twitter.

Gambar jari anak Rishikesh yang dimuat naik di laman Twitter-nya.

Rishikesh juga turut menulis Tweet itu dengan tanda hashtag #BeautifullyImperfect yang membawa maksud ketidaksempurnaan itu indah.

Ya, betul apa yang Rishikesh cakap tu, ketidaksempurnaan itu indah. Apapun, semoga Hrithik membesar menjadi anak yang baik dan kacak macam Hrithik Roshan bila besar nanti ☺️ .

Kredit: @hr_angomba

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas