Connect with us

Oh! Media

Didi Astillah Tampil Jawab Dakwaan Bella Astillah Dan Aliff Aziz Dah Berbaik

Didi Astillah

Oh! Artis

Didi Astillah Tampil Jawab Dakwaan Bella Astillah Dan Aliff Aziz Dah Berbaik

Ada dakwaan yang mengatakan pelakon Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz sudah berbaik. Walau bagaimanapun, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil dan menafikan perkara itu.

ADVERTISEMENT

Menerusi Tiktok, Didi menegaskan yang kakaknya masih nekad untuk meneruskan perceraian menerusi sesi siarang langsung di platform itu.

Bella dan dia tidak berbaik, bila masa mereka berbaik? Berhubung pun tidak. Nak berbaik macam mana? Berita ini sahih okay.

Didi juga berasa tidak puas hati terhadap netizen yang kutuk Bella selepas membaca artikel yang dikeluarkan satu portal hiburan berkenaan yang melaporkan dakwaan itu.

Kakak saya tak ada keluarkan apa-apa kenyataan yang beritahu mereka sudah berbaik. Saya pun nak mengamuk bila nampak artikel itu kata berbaik, suka hati saja.

Kalau berbaik, saya orang pertama mengamuk dengan kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, jangan risau.

Kredit: Tiktok Didi Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas