Connect with us
siti nurhaliza

Oh! Artis

Dato Seri Siti Nurhaliza Umum Tajaan Rawatan IVF Secara Percuma

Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran TikTok yayasan di bawah anjurannya iaitu @nurjiwafoundation ada memaklumkan satu berita gembira.

Difahamkan, Siti bakal menaja tiga pasangan suami isteri bertuah untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat.

IKLAN

Rawatan IVF itu akan dilakukan di pusat perubatan AlHaya di mana pihak mereka telah memilih senarai pendek pemohon seramai 20 pasangan. Permohonan ni akan ditapis berdasarkan keputusan ujian keberangkalian yang tinggi untuk mendapatkan zuriat sebanyak 3 pasangan.

@nurjiwafoundation

Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen, netizen terutamanya peminat CTDK yang memuji usahasama yang dibuat kerana ia mungkin memberi sinar dalam kehidupan pasangan yang belum dikurniakan zuriat.

Netizen juga mendoakan agar Siti Nurhaliza dipermudahkan rezeki serta dapat membantu lebih lagi di masa akan datang.

siti nurhaliza

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas