Connect with us

Oh! Artis

Datin Alyah Tak Pernah Ada Pengalaman Namakan Anak, Restoran R&R Jadi Inspirasi

Nampaknya pasangan selebriti terkenal, Datin Alyah dan Datuk Ramli MS makin bahagialah dengan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara. Dengar kata nama tersebut diambil daripada sebuah restoran. Biar betul?

BACA: Tok Ram Dan Datin Alyah Buat Majlis Cukur Jambul Untuk Anak Angkat

IKLAN

Menerusi laporan OhBulan!, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia tidak ada pengalaman untuk menamakan anak.

Kisahnya, dia terinspirasi selepas ternampak restoran yang diberi nama Izzara ketika menyinggah di kawasan rehat dan rawat tersebut.

Saya hendak letak nama Izara Aishah, tetapi, risau orang keliru pula dengan pelakon Izara Aishah. Emak cadangkan letak Nur, jadilah Nur Izzara.

Perlu masa untuk biasakan jadi ibu

Alyah juga berkongsi dia dan suami masih dalam proses menyesuaikan diri untuk mengasuh anaknya itu.

Ini adalah rezeki saya dan suami, Tok Ram dapat menjaga Nur Izzara.

Kalau diikutkan, saya tak pernah rancang untuk ambil anak angkat. Ramai yang nak beri (anak) tetapi saya tak nak. Komitmen ini bukan macam jaga kucing. Malah, kucing pun kita kena jaga betul-betul, banyak perkara kita kena fikir.

Terdahulu, Alyah mengejutkan pengikutnya dengan berkongsi foto cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara di Instagramnya.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ohmedia Banner
Ke Atas