Connect with us

Oh! Media

“Dah Lama Aku Tengok Anak Bini Kau Hari-Hari Depan Mata, Tunggu Masa Je” – Syamsul Yusof

Oh! Artis

“Dah Lama Aku Tengok Anak Bini Kau Hari-Hari Depan Mata, Tunggu Masa Je” – Syamsul Yusof

Sedang hangat dengan single-nya yang bertajuk Satu Kalimah, kini Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, amuk setelah menerima mesej ugutan daripada pengikut Instagram beliau. Mesej berbaur ugutan itu di katakan telah dihantar dengan menggunakan akaun Instagram palsu bernama Velveblackkl.

ADVERTISEMENT

Sehubungan itu, Syamsul telah hadir bersama peguamnya ke Balai Polis Taman Melawati bagi membuat laporan. Beliau berkata mesej itu telah dibaca beliau pada jam 10.30 malam semalam. Setelah diteliti mesej itu berkemungkinan telah dihantar individu terbabit sejak seminggu lalu.

Syamsul berang kerana mesej yang diterima adalah berbentuk ugutan, lebih memberangkan beliau apabila individu terbabit turut memfitnah, mengugut serta memberi ancaman yang membabitkan keselamatan isteri dan anaknya.

Belum reda kes Youtube, timbul lagi kes, kali ini menerima ugutan berbentuk ancaman pula. Sebagai artis saya sudah lali menerima komen negatif serta kata-kata ugutan, tapi kali ini betul-betul melampau kerana ianya melibatkan maruah, terutama keselamatan isteri dan anak saya. – Katanya.

Syamsul berkata, akaun palsu itu juga pernah menghantar mesej kepada beliau pada awal Januari lalu tetapi diendahkan. Beliau juga turut meminta individu tersebut untuk tampil bersemuka jika ada tidak berpuas hati akan dirinya dan tidak membabitkan anak serta isterinya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Inilah jadinya bila bermain dengan api, bukan dengan #Covid-19 je kita kena berjaga-jaga dengan percakapan pun kena berhati-hati tau. Jadi korang kat luar sana tu kalau tak ada benda baik yang nak di luahkan baik simpan je dalam hati. 

#JagaMulut #JagaDiri #KitaJagaKita

OH MEDIA: ITULAH BILA HATI PENUH HASAD DENGKI, TENGOK KITA BERNAFAS PUN DIA BOLEH BENCI.

Kredit: Utusan Digital

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas