Connect with us
andika putera

Oh! Artis

“Cukuplah Tuduh Saya Macam-Macam” – Andika Putera Nafi Curang Dengan Staf Dan Bini Orang

Kecoh diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan influencer terkenal berlaku curang dengan pekerja dan isteri orang.

Dakwaan mengejutkan itu dibuat oleh bekas isterinya sendiri iaitu Ananda Natasha menerusi perkongsian di Instagram Story.

IKLAN

BACA: Bekas Isteri Dakwa Influencer Motivasi Terkenal Curang Dengan Bini Orang, Staf Sendiri

Terbaru, pempengaruh berkenaan tampil mempertahankan diri menafikan sekerasnya dakwaan yang telah dibuat.

Dakwaan yang dibuat bekas isteri,
Ananda Natasha

Memetik laporan Gempak, Andika Putera berkata, dakwaan yang dibuat bekas isteri adalah satu fitnah yang sangat besar.

Lebih-lebih lagi apabila dakwaan itu mengaitkan dirinya dengan coach motivasi yang sudah berkahwin.

Sepanjang berumahtangga dengan Natasha, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

Kata Andika, itu adalah satu perkara yang sangat mengaibkan untuk dirinya dan coach motivasi tersebut.

andika putera

Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman. Dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri.

Namun, kami masih lagi tiada persefahaman sehingga kami membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu.

Jelas Andika, penceraian berlaku secara baik dan dia masih berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaiknya.

Influencer ini tidak culas memberi duit nafkah termasuk duit mutaah setiap bulan kepada Natasha. Dia juga menguruskan rawatan mata anak tunggal mereka itu.

andika

Dalam pada itu, Andika mengaku khilaf kerana penggunaan kata yang berlebihan dan mesra terhadap coach berkenaan ketika menyampaikan seminar.

Kekhilafan kata-kata itu menyebabkan ianya telah disalahtafsir dan dimanipulasi segelintir pihak.

Andika mengatakan dia sudah mengenalpasti individu berkenaan untuk tindakan perundangan.

Tak pasal-pasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai.

Andika yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di media sosial berharap penjelasan yang diberikan ini dapat menjernihkan keadaan.

Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya.

Jika ada lagi pihak yang cuba menfitnah, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

andika putera

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas