Connect with us

Oh! Media

“Cuba Belajar Tidak Mencari Kesalahan Orang” – Abby Abadi Jawab Persoalan Kerap Tayang Marissa

Oh! Artis

“Cuba Belajar Tidak Mencari Kesalahan Orang” – Abby Abadi Jawab Persoalan Kerap Tayang Marissa

Pelakon, Abby Abadi tampil menjawab persoalan netizen selepas dikatakan kerap menanyang gambar bersama anaknya, Marissa Dania dan bukannya Danisha.

ADVERTISEMENT

BACA: “Papa Sayang Adik, Aslam Dan Umisya” – Doa Norman Hakim Sempena ‘Birthday’ Marissa Dania Ke-19

Menerusi hantaran di TikToknya, Abby menjelaskan ada sebab kenapa dia sering berkongsi gambar dengan Marissa sahaja.

Jelasnya, Danisha bukanlah jenis yang suka bergambar yang membuatkannya jarang muncul di media sosial milik Abby.

Cuba belajar tidak mencari kesalahan orang, boleh tak? Ada sebab lah kalau gamabrnya kurang, banyak kali dah saya jawab tentang ini.

Ada sahaja baby ni, cuma dia memang tak rajin nak bergambar, ajak, suk mengelak. Sudahnya tak payahlah.

https://www.tiktok.com/@abbyabadiofficial/video/7387254662795119880?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7348008586549986823

Setiap anak ada karakter berbeza

Tidak tahan kerap dipersoal, Abby juga menjelaskan setiap anak mempunyai karakter yang berbeza dan sebagai ibu dia hanya mahu anaknya selesa.

Awak tenang-tenang sahaja okay. Belajar tengok post orang lepas tu senyum je, persoalkan itu ini untuk apa?

Masa kecil dulu boleh lah diataur semua, dah besar tak sama.

Sementara itu, Abby juga berharap tiada lagi netizen yang mempersoalkan keberadaan Danisha lagi selepas ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas