Connect with us

Oh! Media

Bunyi Kuali Jadi Inspirasi, Kelentang-Kelentong Tajuk Lagu Terbaru Hael Husaini

hael husaini

Oh! Artis

Bunyi Kuali Jadi Inspirasi, Kelentang-Kelentong Tajuk Lagu Terbaru Hael Husaini

Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Hael Husaini Buat Ramai Terkejut Selepas Umum Berita Mengenai Nabila Razali

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi ini telah mengeluarkan single terbaharu, berjudul Kelentang-Kelontong.

Ketukan bunyi kuali

hael husaini

Hael Husaini yang mengeluarkan single terbarunya, Kelentang-Kelentong mengatakan bahawa lagu ini diinspirasikan daripada ketukan bunyi kuali.

Sebenarnya ilham lagu ini tercetus secara tak sengaja selepas saya muncul di sebuah rancangan hiburan di Indonesia pada tahun lepas.

Ketika itu, saya diminta untuk menyanyikan secara spontan berkenaan kuali. Jadi Kelentang-Kelentong itu adalah signifikasi terhadap bunyi ketukan kuali.

Sekembalinya ke Malaysia, saya terus menghubungi Ezra dan kami terus berbincang. Saya menyimpan lagu ini terlebih dulu kerana masanya belum sesuai untuk diterbitkan sehinggalah kini.

Menurut laman Gempak, bunyi Kelentang-Kelentong sudah menjadi signifikan buat rakyat Malaysia dan bukan sekadar tin kosong yang berbunyi riuh rendah semata-mata.

Kini, jalan cerita lagu ini telah diubah lebih sesuai dengan situasi terkini di negara kita yang telah membenarkan gelembung pelancongan terhadap beberapa destinasi dalam negeri dan juga kebenaran merentas negeri.

Kelentang-Kelentong memberi gambaran keriuhan suasana tatkala berjumpa dan perasaan keterujaan dek kerana menahan rindu yang terlalu lama.

Saya dan Ezra mengambil masa yang tak terlalu lama bagi penghasilan dan proses rakaman lagu tersebut, dan kesemuanya dijalankan di studio rakaman miliknya.

Ini juga merupakan gandingan comeback di antara saya bersama ezra dalam sebuah lagu setelah single Hati yang dilancarkan pada tahun lepas kerana sibuk dengan kerja dan projek masing-masing.

Hael juga berkata bahawa banyak lagi projek dan karya-karya bersama Ezra bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Penggambaran video muzik (MV) Kelentang-Kelentong pula telah dijalankan di Pulau Langkawi, destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Menurut Hael, MV kali ini sangat straightforward dan ia merupakan penceritaan tentang seseorang yang sedang bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi untuk bertemu dengan orang tersayang.

Kelentang-Kelentong ini merupakan kerjasama dengan Ezra Kong dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Single sempena PKP

Hael yang sedang sibuk dalam pembikinan 10 buah lagu buat album sulungnya itu masih berkesempatan menghasilkan single istimewa ini bersempena peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Fasa 1 ke 2 dan terkini, ke Fasa 3.

Alhamdulillah, syukur dan syabas buat kita rakyat Malaysia kerana berjaya menangani masalah pandemik Covid-19 sebaik mungkin. Walaupun perjalanan kita masih jauh, namun saya positif dengan situasi norma baharu tatkala fasa endemik bakal menyusul kelak.

Sejajar dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk menghasilkan sebuah single bagi meraikan peralihan itu dengan lagu yang menggambarkan perasaan rakyat Malaysia secara amnya.

Lagu rancak bergenre pop ini mempunyai sedikit kelainan yang istimewa dengan suntikan irama lagu-lagu rakyat yang sering kita dengar sewaktu kecil dan mudah diterima oleh lapisan masyarakat di Malaysia.

Lagu ini boleh didengar di semua aplikasi seperti Apple Music, Spotify, YouTube dan banyak lagi. Sambil basuh kuali pun boleh dengar lagu ni!

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas