Connect with us

Oh! Media

“Bubu Berani Tidur Sorang For 9 Months” – Uqasha Senrose ‘Throwback’ Momen Hamil, Sanggup Buat Apa Je Demi Anak

Ohmedia anak Uqasha

Oh! Artis

“Bubu Berani Tidur Sorang For 9 Months” – Uqasha Senrose ‘Throwback’ Momen Hamil, Sanggup Buat Apa Je Demi Anak

Uqasha Senrose kongsi kisah kehamilan tanpa alahan, sanggup tidur seorang selama sembilan bulan.

Pelakon popular Uqasha Senrose mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan penuh emosi mengenai pengalaman kehamilan anak sulungnya.

Dalam hantaran tersebut, Uqasha menceritakan semula detik mengandung yang disifatkannya sebagai satu perjalanan luar biasa penuh kekuatan dan kasih seorang ibu.

“Langsung tak ada morning sickness”

Menurut Uqasha, sepanjang sembilan bulan mengandung, dia langsung tidak mengalami alahan atau ‘morning sickness’.

IKLAN

Malah, meskipun dikenal sebagai seorang yang penakut, Uqasha berkata dia mampu tidur seorang diri setiap malam demi anak yang dikandungnya.

Masa bubu mengandungkan Qeyaa, sikit pun bubu tak mengidam, tak ada morning sickness. Bubu seorang yang sangat penakut dan tak boleh tidur sorang, tapi masa tu bubu berani tidur sorang-sorang for 9 months. Allah permudahkan semua.

Perkongsian itu disertakan dengan rasa syukur kerana Allah mempermudahkan urusannya sepanjang kehamilan.

Dia turut mendedahkan betapa rajin dirinya ketika mengandung hingga sempat memasak dan menyiapkan makanan untuk dibawa ke rumah adiknya, Nelydia Senrose, setiap hari.

“Qeyaaa amanah Allah untuk Bubu”

Uqasha Senrose

Dalam hantaran yang sama, Uqasha turut menyifatkan anaknya sebagai anugerah dan amanah yang paling berharga dalam hidupnya.

Dia berjanji untuk menjadi ibu yang terbaik dan sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi anak kecil itu.

Qeyaaa amanah Allah untuk bubu jaga sebaiknya dan i will as long as i live amin. Jadi anak yang solehah okay kita sama-sama mengaji solat.

Luahan penuh kasih ini membuat ramai tersentuh, malah ada yang menyifatkan kapsyen Uqasha seperti refleksi mendalam seorang ibu yang kini lebih matang dan kuat selepas bergelar ibu.

Pssttt! Luahan Uqasha kali ini betul-betul menyentuh hati. Nampak jelas betapa kuat dan tabahnya dia sepanjang kehamilan. Momen “bubu tidur sorang 9 bulan” tu memang buat ramai kagum, bukti kasih ibu tiada tandingan.

Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas