Connect with us

Oh! Media

Bonda Rozita Dituduh Amal Ilmu Batin Untuk Kekal Muda, Ini Apa Kata Tuan Badan

rozita ibrahim

Oh! Artis

Bonda Rozita Dituduh Amal Ilmu Batin Untuk Kekal Muda, Ini Apa Kata Tuan Badan

Sebelum ini, usahawan Rozita Ibrahim ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri dituduh mengamalkan ilmu batin untuk kekal nampak muda.

ADVERTISEMENT

Sedar tentang tuduhan itu, Rozita tidak cepat melatah dan dan menyatakan dia tidak kisah dengan tuduhan individu terbabit.

Orang bijak fokus dengan keburukan diri sendiri…

Biarlah dia, dia nak buat apa pun biar. Janji dia gembira. Orang yang tak ada identiti, dia akan sibuk bercerita tentang orang lain.

Orang yang bijak dia akan fokus dengan keburukan dia untuk memperbaiki diri dia.

Kalau nak menjadi seorang yang terkenal dalam media sosial atau pun yang nak mengajar ilmu, dia tidak akan mengejar populariti.

Bagaimanapun, Rozita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang melampau.

Dia ada hak untuk bercakap tentang buruk saya sebab itu pilihan dia. Jalan mana yang dituju? Kalau jalan dia nak memburukkan saya untuk dapat publisiti itu hak dia.

Tetapi jika fitnah yang melampau, undang-undang ada. Kalau undang-undang itu manis untuk dia. Dia rasa orang ini sabar ada had.

https://www.tiktok.com/@jrmholistikmelaka/video/7384740104650198280?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7359036967001097736

Betul juga kata bonda Rozita ni sebab tak baik kita nak sebarkan aib atau cakap buruk tentang orang lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas