Connect with us

Oh! Media

Anzalna Rayu Maklumat Tepat Netizen Untuk Bantu Keluarga Allahyarham Surya

Oh! Artis

Anzalna Rayu Maklumat Tepat Netizen Untuk Bantu Keluarga Allahyarham Surya

Siapa je yang tak kenal dengan pelakon cantik Anzalna Nasir. Anzalna sebelum ini memang sudah dikenali dengan sifatnya yang suka menolong orang lain. Dia juga banyak membantu orang ramai dengan melakukan kerja amal.

Baru-baru ini kes pembunuhan Siti Nur Surya banyak mendapat perhatian rakyat Malaysia. Anzalna juga dikatakan turut terkesan dengan berita pembunuhan Siti Nur Surya di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu Isnin lalu.

ADVERTISEMENT

Dia tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kejadian itu kerana ianya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Hari ini Anzalna, 32, terpanggil untuk berkongsi rezeki, dengan membantu keluarga mangsa.

Dia juga ada meminta bantuan orang ramai untuk memberi maklumat berkaitan keluarga Surya dengan memuat naik di Instgram Story.

Anzalna turut berterima kasih kepada pengikutnya yang turut sama-sama membantu untuk mengesan keluarga arwah.

Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi atau berurusan.

Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan. – Katanya.

Anzalna berkata niatnya hanyalah untuk meringankan beban, terutamanya buat ibu arwah.

Saya difahamkan ibunya, Zaini Musa turut menghidap kanser dan jujurnya, bila terbaca mengenai insiden yang berlaku, saya rasa sayu.

Apa yang kita akan rasa kalau kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian yang sangat berat untuk keluarga arwah. Jadi saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.

Dalam situasi sekarang mungkin susah untuk saya bertemu atau ke kediaman keluarga mangsa.

Tetapi cukup kalau kami dapat berhubung dan sekurang-kurangnya membantu keluarganya, terutama ibu Allahyarham. – Kata Anzalna.

Harapnya orang ramai kat luar sana boleh bantu beri maklumat yang betul kat Anzalna secepat mungkin. Apapun semoga urusan Anzalna dipermudahkan dan bantuan dapat disalurkan kepada pihak yang betul.

Kredit: Anzalna Nasir

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas